BICARA PUSAKA ISLAM

KONSEP TAKAFUL

Konsep Takaful

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas).


Tahap kehidupan yang berubah-ubah

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.


Antara Kelebihan Dalam PruBSN Takaful


Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah  yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

Pelan Yang Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada manfaat perlindungan, pelaburan dan perubatan.

Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 4 dana untuk memberi pilihan kepada anda:
01) Dana Urus
02) Dana Bon
03) Dana Ekuiti
04) Dana Ekuiti Dinasti

Leave a comment