BICARA PUSAKA ISLAM

– Cara Claim


Tuntutan / Claim adalah aspek paling penting di dalam Takaful & insurans. Tidak berguna kita mempunyai sesuatu plan Takaful atau insurans jika kita tidak dapat membuat apa-apa tuntutan apabila berlaku sesuatu bencana kepada kita atau keluarga. Berikut antara cara-cara membuat claim:

1- Claim Online (Bil dan Elaun)

Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN Takaful, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, klien perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN Takaful untuk bayaran semula (reimbursement).

Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN Takaful ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit dan mereka akan menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.

2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)

Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN Takaful, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN Takaful.

Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)

Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.

Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN Takaful hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.

Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

4- Claim Accident (Medical/ MC)

Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN Takaful. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN Takaful akan membayar semula tuntutan.

5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.

Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN Takaful mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.

Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN Takaful.

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)

Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan

Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Kebiasaannya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cheque daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.

Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.

Untuk mendapat Keterangan lebih lanjut, sila hubungi saya :

Hafez di 012 – 935 3562 atau email: mohdhafez@prupartner.com.my

Leave a comment