BICARA PUSAKA ISLAM

Perunding Kewangan & Harta Pusaka Islam

  • Pertanyaan Anda

    Detail Anda:

    ____________________
  • Advertisements

Kenapa Perlu Ada Takaful

Konsep Takaful

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas).

Tahap kehidupan yang berubah-ubah

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

– Berdasarkan Syariah

Mempunyai Majlis Syariah  yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

– Komprehensif

Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

– Fleksible

Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

– Pulangan pelaburan yang tinggi

Pelaburan di dana-dana yang diluluskan di bawah undang-undang syariah sesuai dengan keperluan dan toleransi risiko. PruBSN Takaful Menyediakan 4 dana untuk memberi pilihan kepada anda

01) Dana Urus

02) Dana Bon

03) Dana Ekuiti

04) Dana Ekuiti Dinasti

KENAPA PERLU TAKAFUL?

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:

1. Sihat sebelum Sakit

2. Muda sebelum Tua

3. Kaya sebelum Miskin

4. Lapang sebelum Sempit

5. Hidup sebelum Mati

Tanya lah pada diri anda sendiri…

• Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda “tiada”?

• Apakah persediaan anda kepada diri dan keluarga apabila hilang upaya untuk bekerja?

• Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?

• Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?

Kenapa anda perlu insuran hayat bersama kad perubatan?

• Memastikan agar keluarga anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, hutang dan keperluan-keperluan lain.

• Supaya keluarga anda dapat mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.

• Agar anak-anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya beserta pelindungan perubatan

• Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan beserta pelindungan perubatan sepanjang hayat

• Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya untuk bekerja

• Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda secara ‘online’ di hospital-hospital panel kami

• Memperoleh perlindungan dari segi perubatan ketika anda tidak dilindungi oleh majikan anda sekarang sekiranya anda telah pencen, pindah atau bertukar tempat kerja, diberhentikan kerja atau hilang upaya untuk bekerja.

Untuk mendapat Keterangan lebih lanjut, sila hubungi saya :

Hafez di 012 – 935 3562 atau email: mohdhafez@prupartner.com.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: